KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(35) Sultan / Khalifah Mehmet V ( 1909 - 1918 ) [ rujuk episod 34 ]

Reshad Mehmed V bin Padshah Abdul Mecid I dilahirkan di Topkapi palace pada 3 November 1844. Bapanya ialah Sultan Abdul Mecid I(1839-1861). mengikut sejarah, ibunya ialah dari ibu Sultan Abdul Hamid II(1876-1909) iaitu Tirimujgan. Sejak kecil lagi, beliau mempelajari bidang Sastera, sepanjang pemerintahan beliau, beliau menghabiskan masa pemerintahannya dengan membuat Puisi, Cerita-cerita dan beberapa buku panduan tentang budaya Islam.

Beliau menaiki takhta sebagai Sultan yang ke-35 pada 10 Mei 1909 selepas abangnya, Abdul Hamid II dilucutkan jawatan pada bulan yang sama, beliau adalah Sultan yang pertama dalam Uthmaniyyah yang tiada apa-apa kuasa atau berkuasa penuh dalam segala pentadbiran Empayarnya. Zaman beliau juga, British menjajah Empayar Uthmaniyyah dan menjadi Penasihat Sultan.

Zaman beliau dikenali sebagai bermulanya zaman kejatuhan Empayar Uthmaniyyah. Sepanjang pemerintahan beliau, semuanya di kuasai oleh perdana Menteri yang dikenali sebagai "The Three Pasha" iaitu Mehmed Taalat, Ismail Enver dan Ahmed Djemal. Ketika ini Mustafa Kemal dinaikkan pangkat menjadi General untuk askar Uthmaniyyah.

Pada tahun 1912, berlaku perperagan di Salonkia, dan askar Uthmaniyyah mempertahankan Empayar dari jajahan mereka, tetapi kekalahan askar Uthmaniyyah mengakibatkan Iraq di merdekakan. Zaman beliau adalah zaman perperangan yang banyak dan mengorbankan hampir 130 juta manusia, iaitu pengisytiharan Perang Dunia pertama pada tahun 1914. Sultan Mehmed V mengisytiharkan Jihad kepada semua rakyat Uthmaniyyah untuk memeprtahankan Islam dan Empayar mereka.

Beberapa perperangan terjadi sebagai contoh perperangan di Bulgaria, Romania, Austria, German, Poland, Azerbaijan,Georgia,Armenia, Mesir dan beberapa lagi negara eropah. Salah satu pembunuhan beramai-ramai dalam sejarah Perang dunia pertama ialah "Armenian Genocide" yang mengorbankan hampir 15 juta orang akibat dari Perang Dunia pertama.

Sultan Mehmed V meninggal dunia pada 3 julai 1918 ketika usianya 73 tahun dan memerintah Empayar Uthmaniyyah selama 9 tahun. Beliau di makamkan di Istana Eyup di Istanbul. Beliau meninggal dunia beberapa bulan sebelum Perang Dunia Pertama tamat. Beliau juga meninggal dunia sebelum melihat empayar Uthmaniyyah runtuh sepenuhnya. Beliau digantikan oleh adiknya, Mehmed VI menjadi Sultan yang seterusnya. Al-Fatihah.

[ ke episod 36 ]