KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(36) Sultan / Khalifah Mehmet VI ( 1918 - 1922 ) [ rujuk episod 35 ]

Mehmed Vahideddin VI bin Padshah Abdul Mecid I di lahirkan di Dolmabache Palace pada 14 Januari tahun 1861. Beliau adalah Sultan yang kedua terakhir dalam Seluruh Empayar Uthmaniyyah dan Sultan yang ke-dua dalam Sultan Perlembagaan Uthmaniyyah. sejak kecil, beliau di beri pendidikan yang secukupnya di Istana dan melanjutkan pelajaran di Perancis.

Selepas kemangkatan abangnya, Mehmed V pada tahun 1918, beliau menaiki tahkta pada 3 Julai 1918 dan menjadi Sultan yang ke-36 dalam Empayar Uthmaniyyah. Beliau adalah Sultan yang ke dua yang tiada memegang apa-apa kuasa pentadbiran, kesemua kuasa diberi oleh Penasihat British. Zaman beliau dikenali sebagai zaman penghijrahan orang Yahudi ke Palestien.

Sultan Mehmed VI adalah Sultan yang berjiwa rakyat, beliau selalu keluar dari istana untuk bertemu dangan rakyatnya bertanya khabar dan berborak dengan mereka tanpa halangan, beliau juga seorang pemurah, mendermakan hampir sebahagian hartanya kepada orang miskin.

Pada tahun 1920, Tentera British telah datang ke istana Sultan Mehmed VI untuk memberikan Syria, Palestien, Lubnan dan Jordan ke tangan mereka. Sultan Mehmed VI tidak bersetuju dan mengikut sejarah, beliau membaling surat perjanjian itu ke dalam unggun api di pejabat beliau di hadapan orang atasan British. Pada 13 November 1920, Mehmed VI ditangkap oleh askar British secara senyap dan diugut bunuh oleh mereka, disebabkan itu, beliau terpaksa menanda tangani Surat perjanjian itu, akibatnya Lubnan, Palestien, Jordan dan Syria jatuh ke tangan British, dan Amerika menyusul selepas itu dengan menawan Lubnan dan Palestien. Disebabkan ini, bermula lah penghijrahan Orang Yahudi Zionis masuk ke kota Palestien dalam berperingkat sehingga kemerdekaan haram mereka pada tahun 1948.

Disebabkan itu mengikut sejarah, Mustafa Kemal menentang tindakan Sultan memberikan 4 negara itu kepada penjajah (Padahal sebenarnya, bersetuju dengan apa tindakan Sultan itu mengikut sejarah British). disebabkan itu bermula Revolusi menjatuhkan Sultan mehmed VI pada tahun 1920. Berlaku perperangan besar antara British dan Uthmaniyyah. Pada zaman itu juga, berlaku peperangan di bahagian Tanah Hijjaz di Arab Saudi, Raja Saudi pada zaman itu meminta bantuan Mehmed VI untuk membawa askar mereka untuk menolong tentera Arab Saudi kerana mereka sedang berlawan dengan Askar Amerika. Sultan Mehmed VI dengan memikirkan beliau perlu menolong saudara Islam, beliau menghantar kesemua askar beliau ke sana. apabila askar mereka sampai ke kawasan Hijjaz, mereka diserang hendap oleh Askar British dan Amerika dan dibantu oleh Askar Arab Saudi. akibatnya semua askar Uthmaniyyah terkorban dan kebanyakan dari mereka adalah golongan muda. Dari situ, bermula lah renggangan persahabatan antara Turki dan Arab Saudi sehingga hari ini. Bak kata Tour Guide saya ketika saya ada di sana tahun 2010," Kami warga Turki amat membenci Kerajaan Arab Saudi kerana mengkhianati dan membunuh askar kami, mengapa mereka sanggup bersekongkol dengan Kafir dari Umat islam sendiri??". Akibatnya kawasan Hijjaz Di merdekakan dan bergabung dengan Arab Saudi.

Dengan ketiadaan askar muda serta Empayar Uthmaniyyah kehilangan tanah jajahan mereka, akibatnya tertubuh satu Askar yang ahlinya semua golongan wanita dan kanak-kanak untuk menentang penjajahan British, yang diketuai oleh Mustafa Kemal dan askar British kalah dalam perperangan itu. Disebabkan itu, British terpaksa keluar dari tanah Turki dan Mustafa Kemal digelar "Attartuk". Disebabkan itu, Sultan Mehmed VI dibuang negeri atas arahan Mustafa Kemal setelah rakyatnya mengiktiraf beliau sebagai pemimpin.(nampak tak permainannya di situ? Padahal sebenarnya kalau ikut sejarah, Mustafa Kemal bersekongkol dengna British dan melakonkan bahawa British akan tinggalkan Turki bukan kerana kalah, tetapi perjanjian sulit antara Mustafa Kemal dan British dan perjanjian itu ialah jika anda dapat membuang Sultan Mehmed VI, kami akan keluar dari Turki ini.

Pada 1 November tahun 1922, Mehmed Vi dibuang negeri ke San Marino, Kawasan Italy dan meninggal dunia di sana pada 16 Mei tahun 1926 ketika usianya 65 tahun. Beliau di makamkan di Masjid Tekkiye di Damsyik. Tetapi, Mustafa Kemal masih mengiktiraf kesultanan Uthmaniyyah dan melantik Sultan Abdul Mecid II sebagai Sultan yang seterusnya. Al-Fatihah.

ps - kata-kata saya: disebabkan pengkhianat negara ada pengaruhnya yang ramai, akibatnya, Empayar Uthmaniyyah runtuh sepenuhnya. Untuk melihat pertabalan Sultan Mehmed VI tengok video ini didalam Youtube: http://youtu.be/BHShRgH_RQk

[ ke episod 37 ]