KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(37) Sultan / Khalifah Abdul Mecid II ( 1922 - 1924 ) [ rujuk episod 36 ]

Abdul Mecid Sani II bin Abdul Aziz I dilahirkan pada 29 Mei 1868 di Dolmabache Palace di Istanbul. Bapanya ialah Sultan Abdul Aziz I(1861-1876) dan ibunya ialah Hayranıdil Kadınefendi. Beliau adalah Sultan yang terakhir dalam Empayar Uthmaniyyah dan yang terakhir dalam gelaran khalifah Islam yang sudah ada sejak zaman Khulafa' Ar-Rasyidin(632-661), Empayar Umaiyyah(Damsyik)(661-750), (Cordoba)(756-1031) dan Empayar Abbasiyyah (750-1258 di Baghdad), (1260-1517 di Mesir).

Beliau dilantik sebagai Sultan yang ke-37 dalam Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1918 setelah Mehmed VI dibuang negeri ke San Marino. Beliau juga seperti Mehmed V dan Mehmed VI, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mentadbir Empayar Uthmaniyyah. ketika ini Mustafa Kemal Attartuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sepanjang 2 tahun pemerintahan beliau, beliau banyak menghabiskan masanya di dalam Dolmabache Palace dengan melukis gambar, model dan lain-lain. Selain itu juga, beliau amat meminati mengumpul rama-rama dan menyimpannya di dalam tempat Rama-rama. kesemua seni hasil lukisan beliau di pamerkan di Topkapi palace di Istanbul Hari ini.

Kongres Turki yang diketuai oleh Mustafa Kemal Attartuk membincangkan tentang masa depan Turki dan mereka semua bersetuju untuk membubarkan Sistem Sultan dan ditukarkan kepada Pemerintahan Republik. alasannya, kerana:

1. Jika Sistem Sultan dapat dibubarkan, semestinya Mustafa Kemal akan berkuasa sepenuhnya tanpa perlu ada orang menghalang rancangan beliau

2. Sultan ketika itu, tidak melakukan apa-apa untuk menyelamatkan Empayar Uthmaniyyah yang semakin runtuh itu.

3. Hutang dana yang amat banyak dan Sultan gagal untuk melangsaikannya.

dan macam-macam lagi. Pada 3 Mac 1924, Sultan Abdul Mecid diturnkan Takhta dan dibuang negeri ke Paris, France dan meninggal di sana pada tahun 23 Ogos 1944 ketika usianya 76 tahun. Beliau adalah Sultan yang terakhir dalam Empayar Uthmaniyyah dan akhirnya, empayar Uthmaniyyah dibubarkan dan menjadi Negara Republik Turki dan meletakkan ibu negara Republik Turki adalah Ankara. Sultan Abdul Mecid II hanya memerintah Empayar Uthmaniyyah selama dua tahun sahaja dan Empayar Uthmaniyyah terus runtuh dan ditelan zaman sehingga kini. Al-Fatihah.

kata-kata saya: ini adalah Siri terakhir dalam Senarai Sultan/Khalifah Uthmaniiyah. Tetapi siri ini akan diteruskan dengan ekstra 3 siri iaitu:

1. Siri ke-38: Mustafa Kemal Attartuk(1924-1938) (Presiden pertama Republik Turki

2. Siri ke-39: Selepas Runtuhnya Uthmaniyyah

3. Siri Akhir(ke-40): 10 fakta tentang Uthmaniyyah.

[ ke episod Mustafa Kamal ]