KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

Mustafa Kemal ( 1924 - 1938 ) [ rujuk episod 37 ]

Mustafa Bin Ali Riza Efendi di lahirkan di Saloncia, Greece pada 19 Mei 1881. Bapanya ialah Ali Reza Afendi, bekas tentera dan seorang usahawan yang mengurus kerja pembalakan. Ibunya pula adalah Zubeyde Hamim, seorang suri rumah. Bapanya ialah seorang kaki botol dan suka berfoya-foya dan tidak mengamalkan ciri-ciri Islam.(fasiq).Ibunya ialah seorang Muslimah yang mengamalkan ciri-ciri Islam. mengikut sejarah, sebenarnya Mustafa adalah anak luar nikah dari seorang yahudi yang mengamalkan tradisi meniduri wanita apabila lampu ditutup. ketika itu Ali Reza dan Zubeyde berada disana,di kawasan Saloncia, kebanyakan orang yahudi duduk di situ jadi setiap tahun mereka mengamalkan tradisi menjijikkan itu. Tetapi mengikut sejarah lain, Beliau di lahirkan dengan cara biasa, iaitu tidak menghadiri mana-mana upacara keramaian. Wallahualam.

Sejak kecil lagi, beliau di didik oleh dua ideologi yang berbeza, ayahnya inginkan anaknya belajar di luar negara ataupun di sekolah sivil. Ibunya pula inginkan anaknya memasuki sekolah Tahfiz. Mustafa adalah seorang yang nakal dan selalu membuli adik beradiknya. Setelah kematian Ali Riza Efendi pada tahun 1887, beliau dihantar sekolah ke sekolah Tahfiz dan beliau berhenti dari sekolah itu pada tahun 1889 kerana kenakalan beliau dan masalah disiplin di sekolah itu. Jadi ibunya menghantar beliau ke sekolah Akademi Tentera Uthmaniyyah dan menghabiskan pengajiannya di sana sehingga tahun 1902.

Seanjang masa kecil beliau, keluarga beliau adalah salah seorang kumpulan yang menentang kesultanan Uthmaniyyah iaitu Sultan Abdul Hamid II (1876-1909), keluarga beliau juga memperjuangkan pembebasan Greece dari cengkaman Uthmaniyyah. Beliau terpengaruh dengan ajaran oleh bapanya tentang kelemahan Sultan Uthmaniyyah ketika itu. sepanjang beliau di sekolah akademi tentera itu, beliau di gelar Kemal oleh guru metematiknya, kerana beliau amat pandai mengira dan cepat belajar, nama Kemal di masukkan selepas beliau diangkat menjadi perdana menteri pada zaman Sultan Mehmed VI (1918-1922)

Beliau di naikkan pangkat menjadi Captain untuk askar Uthmaniyyah pada tahun 1905 kerana kecekapan beliau dan rajin membuat kerja. beliau juga amat menyukai budaya sekular dan liberal jadi secara senyap beliau banyak membuat pengurusan dengan pemimpin barat untuk menjatuhkan Uthmaniyyah. Beliau juga adalah salah seorang dalang yang memerangkap ramai askar Uthmaniyyah di Romania pada tahun 1908 apabila Sultan Abdul Hamid menghantar askarnya untuk ke Romania kerana ada upacara pembakaran Al-Quran, akibatnya hampir 60,000 askar Uthmaniyyah terbunuh dalam serangan itu.

Selepas Abdul Hamid II dilucutkan jawatan pada tahun 1909, Mehmed V diangkat sebagai sultan yang seterusnya. beliau juga merancang untuk melantik pemimpin British sebagai penasihat Sultan dan menjadikan Kerajaan Uthmaniyyah mempunyai Sultan yang sebagai Boneka sahaja. pada perang dunia pertama yang bermula pada tahun 1914, beliau yang dinaikkan pangkat menjadi Colonel, beliau menasihati Sultan Mehmed V untuk menyertai perang dunia pertama itu untuk mempertahankan Empayar itu, Sultan Mehmed V bersetuju. Akibatnya, hasil dari perang tersebut, Ramai askar beliau terbunuh dan Empayar Uthmaniyyah kalah teruk. Pada tahun 1918 selepas kemangkatan Mehmed V, Mehmed VI menggantikan beliau dan pada tahun 1918 Mustafa Kemal dinaikkan pangkat menjadi General dan pada tahun 1921 beliau dilantik sebagai Perdana Menteri. Mengikut sejarah, beliau berkonspirasi dengan orang British untuk menghalau Mehmed VI keluar dari Turki Uthmaniyyah dan membubarkan sistem Uthmaniyyah, (Untuk Info lebih lanjut, rujuk pada siri ke-36). pada tahun 1922, Sultan Mehmed berjaya di keluarkan dari Istanbul dan dibuang negeri ke San Marino. Tetapi, Mustafa Kemal tidak mahu bertindak terburu-buru untuk membubarkan Sistem kesultanan Uthmaniyyah, jadi beliau melantik Sultan Abdul Mecid II sebagai Sultan yang seterusnya.

Pada tahun 1922 hingga 1924, beliau membincangkan secara sulit dengan ahli-ahli liberal dan British tentang pembubaran Sultan Uthmaniyyah, sehingga kata putus, mereka mengisytiharkan bahawa Kesultanan Turki akan di bubarkan pada tahun 1924 menggantikan Sistem Republik, dan pada tahun 1924, Sultan Mehmed II dilucutkan jawatan dan dibuang negara ke Paris. Mustafa Kemal digelar Attartuk pada tahun yang sama dan dilantik menjadi Presiden yang pertama.

Sepanjang pemerintahan beliau, beliau melakukan perubahan yang ketara sepanjang pemerintahan beliau iaitu:

1. Al-Quran dalam Bahasa Turki

2. Pengharaman Azan berkumandang dengan kuat kerana takut mengganggu orang ramai

3. Menghalalkan minuman keras oleh semua orang, tak kira umat islam atau agama lain

4. mengubah Masjid Aya Sofea menjadi Muzium pada tahun 1929

5. ceramah agama tidak boleh dilakukan dengan sesuka hati tanpa kebenaran Kerajaan.

dan lain-lain lagi. Beliau banyak membuat lawatan ke seluruh kawasan eropah dan tanah arab untuk hubungan Diplomatik. Ketika beliau mempunyai masa terluang, beliau suka membaca buku-buku ilmiah, bermain chess, menunggang kuda, berenang dan suka melihat balet dan beliau juga seorang penari yang mahir. Beliau mempunyai Isteri yang bernama Latife tetapi bercerai pada tahun 1925 dan beliau tidak kahwin sehingga akhir hayat beliau.

Mustafa kemal jatuh sakit pada tahun 1937, mengikut sejarah, beliau rasa panas sahaja, walaupun diberi ais, beliau masih panas, sehinggakan beliau terpaksa memanggil bomba untuk menyejukkan badannya, beliau juga pernah dihantar ke pergunugnan alps untuk sejukkan badan beliau, tetapi gagal. Kesengsaraan beliau sehingga beliau meninggal dunia pada 10 November tahun 1938 ketika usianya 57 tahun, Beliau di makamkan ke tanah perkuburan di istanbul. mengikut sejarah, kerandanya terkeluar dari tanah kuburnya berkali-kali walaupun sudah menanam semula. beliau di makamkan di sebuah gua di kawasan Bolu. ia dipindahkan pada tahun 1953 di kawasan Izmit dan tahun 1960 dipindahkan lagi makamnya di Ankara, yang dikenali sebagai Attartuk Masoleum(Makam Attartuk). Beliau digantikan oleh Presiden yang ke-2 iaitu Ismet Inonu.

[ ke episod seterusnya - selepas kejatuhan Uthmaniyah ]