KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

Ketua Keluarga ( 1924 - kini ) [ rujuk episod 38 ]

Gambar: Bayezid Osman (jika memerintah beliau digelar Sultan Bayezid III) (2009-kini)

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan Keturunan Uthmaniyyah selepas runtuhnya Empayar dan kesultanan Uthmaniyyah pada tahun 1924? Mengikut sejarah, pada zaman Pemerintahan Mustafa Kemal Attartuk mengarahkan kesemua keluarga Uthmaniyyah dibuang negara ke tempat lain, ada di Itali, ada di Perancis, Britain, Austria dan beberapa tempat lain lagi. Selepas kematian Mustafa Kemal Attartuk pada tahun 1938, Presiden kedua Republik Turki iaitu Ismet Inonu(1938-1972) menarik balik pembuangan keluarga Uthmaniyyah itu, beliau berpendapat keturunan Uthmaniyyah telah membawa Islam ke arah kemajuan dan kekuatan, Beliau membawa semula kesemua keluarga-Keluarga keturunan Uthmaniyyah di seluruh Eropah dan memberi mereka pengiktirafan kepada mereka sebagai Wira Turki. Cuma yang membezakannya, mereka tidak terlibat dalam mana-mana parti politik dan pentadbiran negara.

Tradisi mereka diteruskan sejak zaman Sultan Osman I (1299-1326) iaitu melantik salah seorang keluarga Uthmaniyyah menjadi ketua dalam keluarga Uthmaniyyah, cuma yang membezakan antara Sultan dahulu dan sekarang, mereka tidak ada gelaran Sultan, cuma sebagai ketua keluarga sahaja.

Ini adalah ketua keluarga dalam seluruh keluarga Uthmaniyyah selepas Runtuhnya Empayar Uthmaniyyah:

37. Sultan Abdul Mecid II (1922-1924, Sultan ke- 37 dan terakhir dalam Empayar Uthmaniyyah)(1924-1944, ketua keluarga dalam keluarga Uthmaniyyah.)

38. Ahmed Nihad (1944-1954) menjadi ketua keluarga Uthmaniyyah dari tahun 1944 hingga 1954, jika beliau memerintah, beliau akan digelar sebagai Sultan Ahmed IV, beliau dilahirkan pada 5 Julai 1883 di Istanbul dan meninggal dunia pada 4 Jun 1954 di Beirut, Lubanan ketika usianya 71 tahun. Beliau adalah seorang pemain music dan mahir dalam bidang sasterawan.

39. Osman Fuad (1954-1973) menjadi ketua keluarga Uthmaniyyah dari tahun 1954 hingga 1973. Jika beliau memerintah, beliau akan digelar sebagai Sultan Osman IV, beliau dilahirkan di Ciragan Palace, Istanbul pada 24 Febuari tahun 1895 dan meninggal dunia di Nice, France ketika usianya 78 tahun. Beliau adalah seorang askar berpangkat tinggi dan menjadi komender ketika usianya 30 tahun.

40. Mehmed Abdul Aziz(1973-1977) menjadi ketua keluarga Uthmaniyyah dari tahun 1973 hingga 1977. Jika beliau memerintah, beliau akan digelar Sultan Abdul Aziz II. Beliau di lahirkan di Ortakoy pada 26 September 1901 Istanbul dan beliau adalah ketua tentera laut pertama dalam Republik Turki dan meninggal dunia pada 19 Januari 1977 dan di makamkan di Nice, France.

41. Ali Vasib (1977-1983) menjadi ketua keluarga Uthmaniyyah pada tahun 1977 hingga 1983. Jika beliau memerintah, beliau akan digelar Sultan Ali I. beliau dilahirkan di Besikitas, Istanbul pada 14 Oktober 1903 dan meninggal dunia pada 6 Disember 1983 ketika usianya 80 tahun dan di makamkan Di Alexendria, Mesir.

42. Mehmed Orhan (1983-1994) menjadi ketua keluarga Uthmaniyyah pada tahun 1983 hingga 1994. Jika beliau memerintah, beliau akan digelar Sultan Orhan II. Beliau bekerja sebagai pemandu Teksi di Perancis, menjadi penjual barang-barang antik di Beirut dan menjadi ketua dalam syarikat perdagangan barang mentah di Syria. Beliau di lahirkan di Istanbul pada 11 Julai 1909 dan meninggal dunia di Nice, France pada 12 March 1994 ketika usianya 85 tahun.

43. Ertugrul Osman (1994-2009) menjadi ketua keluarga Uthmaniyyah pada tahun 1994 hingga tahun 2009. Jika beliau memerintah, beliau akan digelar Sultan Osman V. Beliau dilahirkan di Yildiz Palace, Istanbul pada 18 Ogos tahun 1912 dan meninggal dunia pada 23 September pada tahun 2009 ketika usianya 97 tahun. sepanjang hidup beliau, beliau mengahbiskan separuh abad hidup beliau hidup dalam pembuangan di Negara Amerika, beliau mendapat kerakyatan Turki pada tahun 1994. Beliau meninggal dunia di Istanbul.

44. Bayezid Osman (2009-kini) menjadi ketua keluarga Uthmaniyyah pada tahun 2009 hingga kini. Jika beliau memerintah, beliau akan digelar Sultan Bayezid III. Beliau di lahirkan di Besikitas, Istanbul pada 23 Jun 1924. Sejak kecil lagi beliau dibuang negeri ke Amerika dan menjadi rakyat Amerika pada tahun 1931. Beliau bekerja sebagai tentera darat amerika dan bekerja sebagai pengurus perpustakaan di New York, Amerika Syarikat. Beliau mendapat kerakyatan Turki pada tahun 1999.

[ ke episod seterusnya - fakta menarik para Sultan ]