KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(4) Sultan Bayezid I ( 1389 - 1402 ) [ rujuk episod 3 ]

Bayezid I Bin Murad I Khan di lahirkan Pada Tahun 1354. Beliau adalah Anak kepada Murad I dan Ibunya bernama Gulcicek Hatun.

Selapas Syahidnya Murad I iaitu ayah beliau pada tahun 1389 semasa Murad I berperang di Kosovo. Selepas pengebumian ayahnya, Sultan Bayezid I diangkat menjadi Sultan ke-empat dalam Empayar Uthmaniyyah. Beliau berlawan dengan adik beliau siapa akan menjadi Sultan, Bayezid I mengalahkan adiknya dan beliau diangkat menjadi Sultan.

Perkara pertama Sultan Bayezid lakukan ialah, meluaskan Empayar, semangat beliau untuk menawan Constantinople tidak pernah padam. Zaman pemerintahan Beliau dipanggil zaman kebangkitan besar-besaran Empayar Uthmaniyyah, Beliau di gelar "Thunder bolt" kerana ketagkasan beliau bermain pedang dan hayunannya sepantas kilat.

Beliau berjaya menawan Seluruh Bulgaria, Selatan Romania dan utara Greece pada tahun 1389 hingga 1395, tetapi pada tahun 1394 askar beliau kalah dengan tentera Wallachians(Albania) kerana tempat perang mereka di kawasan paya, dan para Wallachians amat mahir perang di dalam kawasan paya.

Kejayaan Besar beliau ialah beliau berjaya mengalahkan 3 Tentera Kristian terbesar pada ketika itu Di kawasan Uskudar pada tahun 1397 hingga 1398, Askar Kristian ialah Maharaja Manuel II Palaeologus, Maharaja Byzantin, Raja Hungary dan Holy Roman Emperor. Dengan ankatan melebihi 300,000 orang, Askar Sultan Bayezid I yang hanya mempunyai separuh dari Jumlah Askar Tentera Kristian itu berjaya mengalahkan Tentera Kristian tersebut. Ramai askar mereka melarikan diri. Mereka memperoleh kejayaan besar, tetapi beliau tidak dapat Mara ke Constantinople kerana pertahanan Byzantin terlelu kuat. Di sebabkan kejayaan itu, Beliau membina Masjid Ulil Jami' Di Bursa.

Zaman pemerintahan beliau, beliau berjaya menawan Utara Serbia dan Bosnia, Macedonia, Seluruh Bulgaria dan Seluruh Turki. Tetapi beliau masih gagal menawan Constantinople. tetapi Sultan bayezid I tidak menyerah kalah, beliau ingin menawan Kota Constantinople. Usaha ini diteruskan hingga tahun 1402, Masa itu beliau sedang berperang dengan Kaum Timur iaitu Kaumyang menetap di Timur Turki, peperangan itu berlaku di Ankara dan Askar Bayezid I kalah dan Beliau di tangkap oleh Timur dan di penjara di kawasan Beylis, di timur Turki. Beliau meninggal Dunia di dalam penjara pada tahun yang sama, tetapi tidak dapat dipastikan bagaimana beliau meninggal dunia serta makam beliau juga tidak dapat dipastikan di mana. Beliau meninggal dunia ketika berumur 48 Tahun setelah memerintah Empayar Uthmaniyyah selama 13 Tahun. Al- Fatihah. Anak beliau yang menyertai peperangan Ankara, dapat melarikan Diri, dan bermula perebutan kuasa sesama anak-anak mereka, siapa akan menjadi Sultan seterusnya. Al-Fatihah.

[ ke episod 5 ]