KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(5) Sultan Mehmed I ( 1413 - 1421 ) [ rujuk episod 4 ]

"Perebutan kuasa dan naiknya Sultan Mehmed I.

Selepas Kematian Sultan Bayezid Pada Tahun 1402, berlaku pepecahan antara Empayar Uthmaniyyah, iaitu Empayar Isa Celebi, Empayar Suleyman Celebi dan Mehmed Celebi, Mereka bertiga adalah Adik Beradik dan bapa mereka adalah Bayezid I.(lebih kurang 3 Abdul la ni). Isa Celebi pegang Bursa, Mehmed pegang Amasya dan Suleyman,Abang Sulung memegang Greece, Bulgaria dan Serbia.

Kisah perebutan bermula apabila Isa menyerang kawasan Mehmed untuk meluaskan empayar, terjadilah peperangan sesama adik beradik dan Suleyman menjadi ahli berkecuali. Isa Celebi kalah dan melarikan diri ke Karaman dan Bursa jatuh di tangan Mehmed Celebi pada tahun 1403, Isa dibunuh di dalam bilik mandi oleh pembunuh upahan.

Tahun 1404 pula, berlaku peperangan besar antara Mehmed Celebi dan Suleyman Celebi kerana Suleyman menawan bandar Bursa secara mengejut. peperangan ini di teruskan sehingga pada Tahun 1410, Mehmed Celebi membebaskan Musa Celebi, Adik beliau dari penjara Timur dan Musa menolong abangnya mengalahkan Suleyman. Tahun 1411 Suleyman terbunuh dalam perang saudara itu.

Tahun 1412, Akibat Musa terpengaruh dengan pihak-pihak Byzantin bahawa beliau lebih layak menjadi Sultan, akibatnya Musa menyebarkan pengaruhnya dan memerangi abangnya, Mehmed. Pertempuran itu mudah di patahkan dan Mehmed menang, Musa Celebi melarikan diri tetapi di tembak oleh salah seorang General Mehmed.

Di sebabkan itu, tinggal beliau seorang sahaja yang hidup sebagai pengganti ayahnya Bayezid I, Beliau di angkat menjadi Sultan Uthmaniyyah yang kelima pada tahun 1413. Mehmed Celebi I bin Bayezid Khan di lahirkan di Bursa pada tahun 1390, Beliau adalah anak kepada Bayezid I dan ibunya bernama Devlet Hatun.

Sepanjang pemerintahan beliau, beliau berjaya menyatukan kesemua empayar beliau yang terpecah selama 11 tahun itu dan beliau memindahkan Ibu Negara Uthmaniyyah Bursa ke Edirne pada tahun 1414. Selain itu juga, beliau berjaya menawan seluruh Greece, Albania, Seluruh Serbia, Bosnia dan Bahagian Croatia.

Jasa beliau ialah beliau membina Masjid Yesil atau Masjid Hijau di Bursa sejak tahun 1414 seingga 1419. Pemerintahan beliau juga beliau menyebarkan agama Islam secara menyeluruh, beliau menghantar beberapa tokoh-tokoh ilmuan Islam ke Kawasan Timur, ada di hantar ke Tanah Melayu, Indonesia, Filipina, China, Thailand dan sebagainya. Tujuan beliau ingin menyebarkan agama Islam di seluruh dunia. Walaupun Sultan-Sultan beliau sebelum itu sudah membuat penghantara tokoh ilmuan untuk menyebarkan agama Islam di seluruh dunia, tetapi zaman Sultan Mehmed I membuat secara besar-besaran. Beliau juga mewajibkan tempat tawanannya berilmu, sehinggakan kawasan kampung mempunyai Madrasah di bawah tanggungan beliau.

Beliau meninggal Dunia pada usia yang muda iaitu 31 tahun pada 26 Mei 1421. Beliau memerintah Empayar Uthmaniyyah agak pendek hanyalah 8 tahun sahaja. Beliau di makamkan di Bursa, Masjid Hijau. Beliau di gantikan oleh anaknya Sultan Murad II. Beliau mempunyai dua orang Isteri iaitu Emine Hatun dan Sheh Zamre kumu Atun. Al Fatihah

[ ke episod 6 ]