KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(6) Sultan Murad II ( 1421-1444 ) & ( 1446-1451 ) [ rujuk episod 5 ]

Murad Khoja II Bin Mehmed Celebi I di lahirkan Di Amasya pada Bulan Jun tahun 1404, Beliau adalah anak kepada Mehmed I dan ibunya bernama Emine Hatun. Beliau didikan dengan didikan agama serta mempelajari banyak bidang pendidikan yang cukup, kerana Prinsip ayahnya, Sultan Mehmed I adalah untuk menjadi kuat bukan menjadi kuat dalam fizikal sahaja, tetapi perlu juga kuatkan Ilmu pendidikan. Beliau adalah Sultan yang Bijak dan Warak.

Beliau menaiki Takhta Sebagai Sultan Ke-6 pada tahun 1421 ketika Usia beliau baru 17 tahun. Beliau mentadbir dengan memantapkan sistem pentadbiran serta meneruskan aktiviti Penyebaran islam di Seluruh Pelusuk Dunia. Beliau memulakan aktiviti Perdagangan secara besar-besaran di bahagian Timur Asia.

Tetapi zaman beliau ialah zaman kebangkitan Byzantin dan kebangkitan golonga Syiah di Iran. Ini mengakitabtkan peperangan besar yang menggugat keamanan Uthmaniyyah. Salah satunya Byzantin menghantar pengintip yang di beri Nama Mustafa Celebi atau nama sebenarnya Ducmeze, beliau mengatakan bahawa beliau adalah anak kepada Bayezid I (1389-1402) dan beliau ingin bekerja dengan Sultan Murad II kerana untuk membalas Jasa Sultan Mehmed I kerana berjaya mempertahankan Empayar dari di jatuh ke tangan Byzantin semula. Murad II mempercayai beliau dan melantik beliau sebagai penasihat.

Pada tahun 1421 Murad II memperkenalkan Sistem Askar baru yang di panggil Azeb,Mustafa (Ducmeze) berkonspirasi dengan Kaum Syiah di Iran untuk melancarkan serangan ke atas Empayar Uthmaniyyah. Pada tahun 1425, berlaku satu peperangan besar antara Syiah dan Uthmaniyyah, akibatnya, Bahagian Timur Uthmaniyyah di tawan oleh Syiah kerana di bahagian Barat Raja Hungary menyerang bahagian Serbia dan Murad II sedang berperang di sana. Sultan Murad II melakukan penyiasatan bagaimana Timur Turki boleh di tawan dengan mudah dengan Askar Syiah yang amat sikit bilangan mereka. Tidak lama kemudian, rahsia Ducmeze terbongkar beliau ditangkap dan di hukum bunuh oleh Murad II.

Beliau meneruskan perperangan untuk menyerang Constantinple, selama 1 tahun dari tahun 1426 hingga 1427. Beliau gagal menawan Constantinople tetapi pada tahun 1428 hingga 1432 beliau berjaya menawan Sebahagian Slovenia, Slovakia dan Kawasan Venice. Di ikuti dengan kejayaan menawan Seluruh semenangjung Balkan pada tahun 1439 dan berjaya menawan Serbia sepenuhnya.

Tentera Kristian telah berjumpa dengan golongan Syiah utuk angkat senjata menjatuhkan Empayar Uthmaniyyah. mereka setuju, pada tahun 1442, berlaku serangan besar-besaran di bahagian Barat Uthmaniyyah dan Di Timur Uthmaniyyah. tentera kristian dengan kerjasama Raja Hungaray, MahaRaja Byzantin, Raja Rom, Holy Roman Empayar dan Raja Poland meyerang Empayar Uthmaniyyah belah Barat bersama angkatan lebih dari 1 juta orang. Di bahagian Timurr Asia di serang oleh Askar Syiah yang angkatannya 300,000 orang, perperangan itu diteruskan sehingga 1444. Di sebabkan Emapayr Uthmaniyyah di kepung dengan dua arah. Sultan Murad terpaksa melepaskan Jawatan beliau sebagai Sultan pada tahun 1444 kerana beliau nak fokus sepenuhnya untuk mempertahankan Empayar Beliau. Beliau di gantikan dengan anaknya,Mehmed II.

Pada tahun 1446, berlaku kekecohan antara Janissaries dan Azeb kerana Murad II lebih mementingkan tentera Azeb, bukan Jannisaries. bermula lah perbalahan yang di kenali sebagai "Jannisary Revolt". Di sebabkan usia Mehmed II baru berumur 14 tahun, yang belum berpengalaman sepenuhnya. Murad menaiki Takhta semula dan menyelesaikan masalah Jannisaries itu.

Tahun 1447, Askar beliau berjaya mengalahkan tentera Syiah di Timur Uthmaniyyah dan ramai askar Syiah melarikan diri dan berundur dari tempat tawanan mereka. Tahun 1448, Murad II berjaya mengalahkan askar Kristian di Peperangan Kosovo yang di ketuai oleh 5 maharaja Besar Kristian. Tahun 1450, beliau berjaya menumbangkan Sebahagian Empayar Timur dengan terbunuhnya Raja Timur ketika itu bernam Shah Rokh. Pada musim Sejuk tahun 1451, Sultan Murad jatuh sakit dan meninggal Dunia pada Usia 47 tahun setelah memerintah Empayar Uthmaniyyah selama 28 Tahun dan makamnya di makamkan Di Edirne. Sepanjang Zaman beliau di kenali sebagai zaman Pergolakan Empayar Uthmaniyyah. Beliau di gantikan dengan Sultan Mehmed II pada tahun 1451. Al-Fatihah.

[ ke episod 7 ]