KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(7) Sultan Mehmed II ( 1444-1446) ( 1451-1481 ) [ rujuk episod 6 ]

Mehmed II bin Murad II di lahirkan di Edirne pada 30 mac 1432, Bapanya ialah Sultan Murad II dan ibunya Huma Hatun. Beliau dikenali oleh umat islam dan Turki "Al-Fateh" ataupun "Fatih" bermaksud "The Conqueror". Semasa beliau kecil, beliau di ajar dengan ilmu agama serta di asak oleh Ayahnya untuk memperlajari sistem pentadbiran,kepimpinan dan undang-undang Islam. Semasa pemerintahan pertama beliau tahun 1444, usia beliau baru 12 tahun, beliau menghabiskan masa beliau dari tahun 1444-1446 belajar tentang banyak ilmu-ilmu seperti Ilmu Tauhid, Fekah, Tajwid, Ilmu Al-Quran dan Hadis dan sastera.

Selepas kematian ayahnya, Murad II, beliau menaiki takhta pada tahun 1451 dan perkara pertama beliau lakukan ialah mengalahkan Tentera Salib di Hungaray. ini adalah peperangan pertama beliau dan berjaya menawan Hungary. Beliau membina kubu di kawasan utara Selat Bosphorus dikenali sebagai Rumelihisar─▒ dan ini mengakibatkan, laluan perdagangan Byzantin tersekat, mengakibatkan kapal tentera Byzantin terkepung.

Selain itu juga beliau, seperti Sultan-Sultan sebelum beliau, beliau ingin menawan Constantinople. Beliau membaca satu hadis Rasulullah S.A.W. iaitu Nabi Muhammad S.A.W. bersabda "Sesungguhnya Constantinople akan jatuh ke tangan orang islam,ketika itu, Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin dan askarnya ialah sebaik-baik askar".

Pada tahun 1453, beliau mengetuai perang untuk menawan Constantinople, beliau bersama 200,000 angkatan tentera besama 320 kapal perang ke Constatinople untuk berperang, tetapi kubu mereka amat kuat dan di Selat Golden Horn, Byzantin telah meletakkan rantai besi yang besar di muara Sulat itu, ini mengakibatkan Askar Mehmed II tidak mampu untuk kedepan kerana ia boleh merosak bahagian bawah kapal dan menenggelamkannya.

Jadi beliau mendapat Ilham dari Allah, untuk membahagikan askarnya kepada dua kumpulan.iaitu askar menjaga kapal besar, kedua, askar yang membawa sampan atau bot kecil ke bahagian belakang Golden Horn. mereka melakukan strategi itu pada waktu malam pada 29 Mei 1453, Sultan Mehmed bersama 100,000 askar beliau mengangkat Bot-bot kecil ke darat dan berjalan selama 1.6 batu ke bahagian Belakang Golden Horn.

Pada keesokkan pagi, Alangkah terkejutnya maharaja dan Askar Byzantin kerana melihat askat Mehmed II berada di kawasan Selat Golden Horn bersama 100,000 askarnya. akibatnya Constantinople terkepung, pada tengah hari 29 mei tahun 1453, setelah hampir 1 bulan cubaan penaklukan Constantinople, Constantinople jatuh ke tangan Islam. Kejayaan itu membuatkan Sultan Mehmed II digelar "Al Fatih"

Perkara pertama beliau ketika masuk ke Constantinople ialah menukarkan Gereja Hagia Sofiya iaitu Gereja paling agung pada zaman Byzantin kepada Masjid, terbinanya Masjid Sultan Mehmed II dan pentadiran dipindahkan dari Edirne ke Constantinople dan di ubah nama ke Istanbul, beliau juga memulakan pembinaan Istana Topkapi untuk tempat tinggal Sultan dan tempat pentadbiran.

Tahun 1454 hingga 1459 beliau berjaya menakluki kawasan Montenegro, Belgrade dan seluruh kawasan Slovakia dan Czech Tahun 1460 hingga 1461 beliau berjaya menawan seluruh kawasan laut Hitam dan tahun 1462 dan 1463 beliau berjaya menawan kawasan Morea iaitu Moldova dan Romania. tahun 1463-1470 beliau berjaya menawan Willchia iaitu Poland dan Belarus. tahun 1471 beliau berjaya menawan Bosnia dan Croatia sepenuhnya. Tahun 1471-1478 beliau berjaya menawan kawasan Cremia iaitu di Ukraine. Beliau berjaya menawan kawasan Itali iaitu Naples(Napoli) Torino dan kawasan-kawasan berdekatan pada tahun 1480 beliau berjaya menawan seluruh Albania.

Tahun 1481, beliau membawa askarnya untuk ke Malteple, kawasan Turki, tetapi apabila mereka sampai di sana, Sultan Mehmed II jatuh sakit dan beliau meninggal dunia beberapa hari kemudian pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun. kematian beliau tidak dapat di pastikan, ada yang mengatakan beliau di racun oleh doktor peribadinya, ada juga yang kata beliau telah dibunuh oleh pembunuh upahan, ada juga sejarawan mengatakan beliau kena demam panas, ada juga yang mengatakan bahawa anaknya Bayezid II membunuh beliau.Wallahualam. Beliau di makamkan di masjid Sultan mehmed II di Istanbul. Beliau meninggal dunia setelah memerintah Empayar Uthmaniyyah selama 32 Tahun. Beliau di gantikan dengan anaknya Bayezid II pada tahun 1481. Al-Fatihah

[ ke episod 8 ]