KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(8) Sultan Bayezid II ( 1481 - 1512 ) [ rujuk episod 7 ]

Bayezid bin Murad II Dilahirkan pada Disember 3 tahun 1447, Beliau adalah anak sulung Sultan Mehmed II, dan beliau menjadi Sultan yang ke-8 dalam Empayar Uthmaniyyah. Ibunya bernama Gulbahar Hatun.

Semasa beliau di angkat sebagai Sultan pada tahun 1481, Zaman pemerintahan beliau adalah zaman kucar kacir di Empayar tersebut dengan berberapa Faktor:

1. Bermulanya pemberontakan Safavid di Iran

2. Perebutan Kuasa antara Bayezid II dan adiknya Cem

Pada tahun 1485 adiknya Cem pergi ke Rom untuk meminta bantuan kepada Pope Innocent VIII untuk menyerang Empayar Uthmaniyyah kerana mendakwa abangnya Bayezid II telah merampas takhta tanpa persetujuan para-para menteri. Ahli sejarawan berpendapat beliau Dibaptiskan Di Rom oleh Pope Innocent VIII, ada juga berpendapat bahawa Cem hanya pergi meminta bantuan Pope.

Tetapi rancangan itu gagal, Tentera Bayezid II dapat mengalahkan askar Rom dengan mudah sekali. Di sebabkan kegagalan itu, Cem dipenjarakan di Penjara Rom dan meninggal di situ.

Bayezid II adalah seorang yang adil, beliau mengetuai bidang kehakiman dan amat arif tentang perundangan. Beliau juga seorang yang warak dan suka mempelajari Sejarah. beliau juga salah seorang Sultan yang menentang Syiah kerana Datuk Beliau, Murad II pernah berperang dengan mereka. Selain itu juga, beliau mempelajari bahawa empayar Umaiyyah dan Abbsiyyah sebenarnya jatuh oleh tentera kafir dengan bantuan Syiah. Beliau membuat hukuman kepada sesiapa menyebar, mengajar dan mengamal ajaran Syiah, Akan dibunuh di tempat pelaku itu buat.

pada tahun 1492 Sepanyol menghalau orang Yahudi dan Umat islam di Andalus kerana ingin membuka negara Kristian baru di Sepanyol. Bayezid II bersama 500 buah kapal besar pergi ke Sepanyol dan membuat rundingan untuk mengambil pelarian ini ke Empayar Uthmaniyyah. Perundingan itu dipersetujui dan secara automatiknya, kesemua orang Islam dan Yahudi menjadi warga negara Uthmaniyyah.

Tahun 1496 Beliau berjaya menawan kota-kota di bahagian timur seperti barat Armenia, Georgia. Di bahagian Eropah ialah bahagian Austira dan seluruh Belarus.

September 14 tahun 1509, Istanbul dilanda gempa bumi yang dasyat, hampir beribu orang terkorban dan banyak bangunan runtuh. Ia adalah satu kerugian yang amat besar. Selain itu juga, Di bahagian Iran bermula pemberontakan Safavid dan mereka menyerang kota timur Uthmaniyyah. Beliau bersama bala tenteranya pergi mempertahankannya, tetapi tentera uthmaniyyah kalah dengan teruk dan Safavid berjaya menawan Bahagian Timur Uthmaniyyah.

Selepas peperangan itu, Bayezid II menyedari bahawa masanya sudah tiba untuk berundur. pada akhir pemerintahan beliau, Sultan Bayezid II duduk dan melihat dua orang anaknya iaitu Ahmet dan Selim berlawan sesama sendiri untuk siapa nak menjadi Sultan yang seterusnya. Selim I berjaya mengalahkan Ahmet dan Secara rasminya pada tahun 1512, Bayezid II bersara dari menjadi Sultan dan memberikan kepada anaknya Selim I. Beliau berhijrah ke Buyukcekmece 200 km dari istanbul, tetapi beliau meninggal dunia sebelum sampai di bandar itu. Usia beliau sudah 65 tahun ketika itu. Beliau memerintah Empayar Uthmaniyyah selama 31 Tahun. Beliau di makamkan di masjid Bayezid Di Istanbul.Al-Fatihah

[ ke episod 9 ]