KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(9) Sultan / Khalifah Selim I ( 1512 - 1520 ) [ rujuk episod 8 ]

Selim I Khan bin Bayezid II di lahirkan di Amasya pada tahun 1465. beliau adalah anak kepada Sultan Bayezid II. Beliau di kenali sebagai "Si Keras" kerana beliau seorang karakter yang bengis dan tegas. Mengikut ahli sejarawan, misainya panjang, beliau tidak ada janggut. Beliau seorang yang garang dan tegas dalam melakukan tugasnya, sehinggakan semua menteri ketika mahu bercakap dengan beliau sanggup menundukkan muka kerana takut dengan wajah garang beliau. Beliau jarang senyum, muka beliau sentiasa nampak serius. Beliau minat tentang Politik dan beliau memang mahir dalam taktik perperangan dan beliau seorang yang warak dan bijak dalam pendidikan ketika kecil.

Setalah Bapanya, Bayezid II bersara dari menjadi Sultan dan meninggal dunia pada tahun 1512, beliau di angkat menjadi Sultan. Ketika zaman pemerintahan beliau, berlakunya pergolakan di bahagian timur Uthmaniyyah iaitu kebangkitan tentera Safavid yang ingin memusnahkan Uthmaniyyah.

Selain itu juga, Golongan Safavid yang ketuanya adalah Shia Ismail menyebarkan ajaran Syiah imam 12 kepada tanah jajahan beliau, dan mereka didorong untuk menyerang Empayar Uthmaniyyah kerana pemimpin mereka adalah Sunni. Ini membangkitkan kemarahan Sultan Selim I, pada tahun 1513, beliau berperang dengan golongan Safavid dan dengan ketangkasan Sultan Selim dan askarnya, Askar Safavid bertempiaran lari. Timur Turki jatuh semula ke tangan Uthmaniyyah.

Di sebabkan peperangan itu, Beliau berazam untuk menawan kota-kota penting di Semenanjung Tanah Arab terutama sekali Mekah, Madinah, Palestien dan Mesir. Penaklukan Tanah Arab bermula pada tahun 1514, Beliau berjaya menawan Kota Damsyik, Beirut dan sebahagian Jordan. Tetapi Askar Safavid menyerang mereka untuk kali kedua, ini membantutkan sedikit matlamat Sultan Selim I. tetapi dengan kuasa Allah, Kesemua utara semenanjung tanah Arab jatuh ke tangan Sultan Selim I iaitu, Jordan, Iraq, Lubnan, Syria dan utara Arab Saudi. pada tahun 1515, beliau berjumpa dengan Khalifah Mutawakkil III iaitu Khalifah empayar Abbasiyyah yang melarikan diri dari baghdad dan membuka empayar baru di Mesir untuk membuat rundingan untuk bersatu dengan Uthmaniyyah.

Sebelum adanya kata putus, Tentera Safavid menyerang sekali lagi, tetapi bukan di Empayar Uthmaniyyah tetapi di Empayar Abbasiyyah iaitu Palestien. akibat masa itu zaman kemunduran empayar, Khalifah Mutawakkil meminta bantuan Uthmaniyyah untuk bekerja sama. Dari situ Sultan Selim membuat perjanjian, jika Uthmaniyyah menang melawan Safavid, secara rasminya Empayar Abbasiyyah ini akan di ambil oleh Uthmaniyyah dan beliau janji keturunan beliau akan menjaga Mesir, Palestien dan kota Mekah dan Madinah di bawah jajahan beliau dengan baik. Khalifah Al-Mutawakkil III bersetuju.

Askar Uthmaniyyah dan Askar Abbasiyyah bekerja sama melawan Askar Safavid pada tahun 1516 dan Tahun 1517 askar Uthmaniyyah dan Abbasiyyah menang besar. ramai Askar Safavid melarikan diri dan pemimpin mereka Shia Ismail terbunuh. Dari situ golongan Safavid menghilangkan diri hampir 200 tahun selepas peperangan itu. Selepas peperangan itu. Khalifah Al-Mutawakkil memberikan mandat iaitu memberikan barang-barang yang disimpan oleh keturunan Abbasiyyah selama beribu tahun dahulu kepada Selim I sebagai mengiktiraf beliau sebagai pemimpin di tanah Mesir, Palestien, Mekah dan Madinah. Barang itu dikenali sebagai Holy Relics. Sultan Selim I membawa Holy Relics itu ke Istanbul dan di letakkan di Topkapi Palace, tempat pentadbiran Sultan Uthmaniyyah ketika itu.

Beliau juga menyuruh Imam di seluruh Empayar mengaji di dalam kawasan bilik yang simpannya Holy Relics tersebut. bilik itu di panggil Privy Room, di mana atau satu seksyen di dalam bilik itu ada imam membaca Al-Quran dari juzu' ke juzu' setiap seorang Imam akan membaca 1 juzu' Al-Quran, jika sudah habis akan di tukarkan dengan imam yang lain. tujuannya untuk menjaga kesucian Holy Relic tersebut dan mengucapkan kesyukuran yang teramat sangat kerana matlamat beliau(Sultan Selim I) untuk menawan kawasan penting untuk orang Islam bagi membanteras penyebaran Syiah telah berjaya. Kini, jika anda pergi ke Topkapi Palace di Istanbul, anda akan boleh lihat Holy Relics di dalam Privy Room, antara contoh Holy Relics ialah, tongkat Nabi Musa A.S., Baju Siti Fatimah(Anak perempuan Rasulullah S.A.W.), Pedang Rasulullah S.A.W., Pedang Nabi Daud A.S. dan macam-macam lag

Beliau membawa Khalifah All-Mutawakkil III balik ke Istanbul dan di beri tempat tinggal di sana dan di beri layanan baik kepada Khalifah itu. Beliau(Sultan Selim I) juga memeprkenalkan Sistem Khalifah kepada Uthmaniyyah pada akhir tahun 1520, beliau juga ingin membuat undang-undang atau piagam yang pertama di Uthmaniyyah untuk memudahkan pentadbiran dan undang-undang. kerana sebelum beliau, undang-undang uthmaniyyah di gubal mengikut tempat masing-masing. Sultan Selim I ingin membuat Piagam pertama iaitu menjadikan Undang-undang Uthmaniyyah di gunakan oleh semua tanah jajahan beliau. Tetapi beliau tidak sempat nak laksanankan kerana beliau Meninggal dunia pada 22 September tahun 1520 ketika itu usia beliau 55 tahun dan beliau hanya memerintah selama 8 tahun sahaja. Beliau terkena penyait kulit yang teruk dan beliau meninggal dunia di dalam khemahnya ketika beliau ingin meneruskan penaklukan di bahagian Eropah pula.

Jasa besar beliau, ketika zaman pemerintahan beliau, beliau membesarkan Empayar sebanyak 3 kali ganda lebih besar dari ayahnya Bayezid dua. keluasan Empayar beliau sebanyak 4.9 Juta km persegi. Beliau di makamkan di Colu, Tekirdang di Turki. Beliau digantikan dengan Sultan Suleiman I pada tahun 1520. Alfatihah.

[ ke episod 10 ]