KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

(23) Sultan / Khalifah Ahmed III ( 1703 - 1730 ) [ rujuk episod 22 ]

Ahmed III bin Mehmed IV dilahirkan pada 31 Disember tahun 1673 di Doburja. Beliau adalah anak bongsu kepada Sultan Mehmed IV (1648-1687).Bapanya ialah Sultan Mehmed IV dan ibunya ialah Mah-Pare Ummatullah Rabia Gul-Nus. Beliau diberi pendidikan dan ilmu agama dengan cukup. Beliau menggantikan Abangnya,Mustafa II selepas abangnya dilucutkan jawatannya sebagai Sultan pada tahun 1703. Beliau menaiki takhta pada tahun 1703 dan secara rasminya menjadi Sultan yang ke-23 dalam Empayar Uthmaniyyah.

Zaman pemerintahan beliau, beliau membuat hubungan Diplomatik dengan Sweden iaitu Charles XII.Beliau juga membantu askar Sweden untuk menyerang Russia kerana Empayar Sweden kalah teruk dengan Russia pada perang Potva pada tahun 1709. Beliau juga mempunyai dua orang Isteri yang berasal dari Perancis, kerana beliau amat suka dengan wanita Perancis. Beliau juga mengarahkan Askarnya untuk menawan barat Russia yang diketuai oleh perdana menteri. Zaman pemerintahan beliau, beliau memberi kuasanya kepada perdana menteri. Tetapi apabila Ahmed III mendapat berita tentang serangan askar Safavid Syiah pada tahun 1710 di timur uthmaniyyah, beliau tidak jadi berperang dengan Russia, tetapi mengarahkan Perdana menteri untuk menyerang Askar Syiah, Kerana beliau berpendapat:

"Walaupun dalam satu kumpulan ada 100 orang bukan Islam, jika 99 daripadanya bukan Islam dan seorang sahaja Syiah, Bunuh Syiah dulu. Kerana Syiah lebih merbahaya dari orang bukan Islam yang menyerang Islam"

Zaman pemerintahan beliau dipanggil zaman keamanan, kekayaan dan ekonomi Uthmaniyyah yang optimum. beliau pakar dalam bidang ekonomi, jadi sepanjang pemerintahan beliau, beliau mentadbir bahagian kewangan, itu adalah satu-satunya jawatan yang beliau pegang, tetapi yang lain seperti kehakiman, ketua perang, dan lain-lain diberikan kepada Perdana Menteri. Beliau juga seorang yang pemurah hati. Setiap hari Jumaat, beliau akan sedekahkan 10 Syiling Emas kepada semua jemaah masjid tersebut termasuk Imam dan ahli jawatan kuasa masjid. mengikut ahli sejarawan, 10 Syilling emas pada zaman itu beharga RM 8500.

Beliau juga berjaya mengadili kesemua rakyatnya menjadi kaya-raya sehinggakan tidak ada seorang pun mahu menerima Zakat, kerana harta yang cukup. Tahun 1718, beliau mengubah sistem pemerintahan beliau iaitu membahagikan pentadbiran supaya tidak menyusahkan Perdana menteri. Dalam bidang kehakiman, beliau memberikan kuasa kepada anaknya,Puteri Hatice, Zaman 1718-1730 dipanggil sebagai "Tulip Era" kerana pada zaman itu ialah zaman kemajuan dan zaman kesenian secara besar-besaran dalam zaman Ahmed III. Beliau juga merancang dan membina "Fountain" iaitu tempat mengambil air bersih di seluruh Empayar kepada rakyatnya secara percuma. Taraf pendidikan dinaik tarafkan supaya mendidik rakyat untuk menjadi orang berilmu. Beliau juga membina banyak perpustakaan keapda semua rakyatnya yang ingin mencari rujukan-rujukan.

Tetapi setiap manusia akan melakukan kesilapan, pada akhir pemerintahannya, Sultan Ahmed III menjadi terlampau kaya, sehinggakan beliau suka menyendiri dan tidak memberi layanan yang baik kepada rakyatnya sehingga timbulnya pemberontakan besar-besaran. Pemberontak itu mengarah Sultan Ahmed untuk turun Takhta untuk menggantikan Anak saudaranya iaitu Mahmud I, ada juga pemberontak masih mahu Sultan Ahmed menjadi Sultan kerana jasanya selama ini, berlaku pergaduhan besar antara dua pemberontak itu. Sultan Ahmed III berasa kesal akan kesilapan beliau sejak kebelakangan ini, jadi beliau mengumumkan beliau meletakkan jawatan sebagai Sultan pada tahun 1730 dan melantik anak saudaranya, Mahmud I sebagai Sultan yang seterusnya. Beliau dikurung di dalam kafes dan meninggal dunia pada tahun 1736 ketika berusia 63 tahun. beliau mmerintah selama 27 tahun. Beliau digantikan dengan anak Saudara beliau, Sultan Mahmud I pada tahun 1730. Al-Fatihah.

[ ke episod 24 ]