KESULTANAN EMPAYAR UTHMANIYYAH. - kredit kepada SS ( admin FB: SSTDMM ) - [ 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 - Mustafa Kamal - Post Sultan - Facts ]

Fakta Empayar Uthmaniyyah: [ rujuk episod 39 ]

1. Penduduk Turki kebanyakan dari mereka memanggil Sultan Ahmed I (1603-1617) sebagai Sultan hantu "14" kerana beliau adalah Sultan yang ke-14, menjadi Sultan ketika usianya 14 tahun dan memerintah selama 14 tahun dan meninggal dunia ketika usianya 28 tahun. 28 bahagi 2 jawapannya 14!

2. Hanya Sultan Mehmed VI (1918-1922) sahaja adalah satu-satunya Sultan yang memakai Cermin Mata.

3. Zaman Empayar Uthmaniyyah, kesemua keturunan Uthmaniyyah amat membenci golongan Syiah, kerana pada zaman Ertugrul, bapa Sultan Osman I (1299-1326) adalah salah seorang askar berpangkat tinggi dalam Empayar Abbasiyyah sehingga kejatuhan Empayar itu pada tahun 1258, beliau sendiri nampak kejatuhan Empayar Abbasiyyah dan pengkhianatan mereka terhadap Khalifah. Disebabkan itu, Semua keturunan Uthmaniyyah di ajar untuk menentang musuh dalam selimut iaitu golongan Syiah.

4. Hanya Empayar Uthmaniyyah sahaja yang akan menyiasat latar belakang bakal menteri-menterinya, tidak kira sama ada mengekorinya balik ke rumah secara senyap-senyap ataupun bila bakal menteri itu berborak dengan orang lain. Tujuannya untuk menyiasat sama ada bakal menteri itu adalah golonga Syiah atau tidak. Jika Syiah, akan di masukkan kedalam mahkamah dan diberi tempoh untuk bertaubat, jika tidak. akan melalui satu lagi ujian, iaitu ujian lisan dan keagamaan.

5. Sultan Mahmud I (1730-1754) di gelar "Sultan Si Bongkok" Kerana beliau ialah Bongkok Sabut.

6. Penempatan wanita di Topkapi Palace yang dikenali sebagai "Harem" yang didakwa oleh ahli sejarah barat yang mengatakan harem itu tempat Sultan bersama Isteri dan gundiknya adalah PALSU. Mengikut ahli sejarah Turki, "Harem" adalah tempat tinggal pekerja wanita dan Isteri Sultan sahaja. Sultan dan pekerja dan menteri-menteri lelaki tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan harem tersebut jika masuk, Sultan boleh dihukum bunuh jika masuk tanpa kebenaran, jika menteri dan pekerja lelaki masuk tanpa kebenaran akan juga di hukum bunuh. Jika Isteri Sultan ingin berjumpa dengan Sultan, Isterinya perlu pergi ke bilik tidur utama Sultan dan Isteri Sultan boleh bersama dengan suaminya tanpa halangan.

7. Mengikut sejarah Barat, Sultan Uthmaniyyah mempunyai Gundik dan ramai Isteri. itu adalah PALSU juga, sebenarnya kebanyakan Sultan cuma ada 4 Isteri paling maksimum, yang lain hanyalah pekerja istana menteri sahaja.

8. Hampir kesemua Sultan-Sultan Uthmaniyyah mahir dalam bidang Sastera.

9. Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) adalah seorang tukang kayu yang mahir, di dalam Istana Dolmabache di Istanbul, hampir kesemua ukiran,perabot,meja yang diperbuat dari kayu semuanya diukir oleh Beliau(Abdul Hamid II)

10. Sultan pertama yang diambil foto menggunakan Kamera untuk Potret (dahulunya mererka perlu mengupah pelukis untuk melukis potret Sultan) adalah Sultan Abdul Aziz I (1861-1876)

TAMAT

[ ke episod 1 ]